Web Banner
Laman Utama (Home)
Pengumuman
SAYANGILAH SEKOLAH ANDA : GOTONG ROYONG PERDANA SMK USJ 4 KALI PERTAMA TAHUN 2013

Bagi mengekal dan menambah baik aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di persekitaran bumi SMK USJ 4, satu Program Gotong-Royong Perdana peringkat sekolah akan diadakan tidak lama lagi (dijangka selepas tamatnya Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun). Program secara kolektif & kolaboratif ini akan melibatkan pembabitan para pelajar, ibu bapa / penjaga pelajar, guru, staf sokongan, pekerja swasta, komuniti setempat, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), syarikat swasta dan lain-lain lagi. Bersama-samalah kita mengembleng buah fikiran (idea), kewangan, tenaga kudrat dsb. bagi menjaya dan merealisasikan program murni yang julung-julung kali diadakan ini.
Maklumat lanjut berkaitan program ini akan diuar-uarkan tidak lama lagi. Harap maklum.
INFO PENGUMUMAN
Pihak AJK Laman Web Sekolah memohon maaf sekiranya informasi & pengumuman yang dipaparkan pada muka laman ini kurang terperinci. Untuk pengetahuan semua, pengumuman di muka laman utama (frontpage @ home) laman web rasmi ini hanya bertindak sebagai sokongan kepada pengumuman sedia ada. Bagi memperolehi maklumat & pengumuman yang lebih tepat dan terperinci, sila rujuk, hadirkan diri atau baca pada perkara di bawah :
- Bagi para pelajar, segala maklumat terperinci berkaitan apa jua aktiviti yang akan, sedang dan telah berlangsung di sekolah SMK USJ 4 sepanjang minggu akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi sistem siaraya (P.A. System) pada perhimpunan mingguan (hari Isnin sahaja) dan perhimpunan harian (setiap hari selain hari isnin) di tapak perhimpunan (Dataran Perdana). Bagi aktiviti / program rasmi sekolah, lazimnya surat edaran juga akan disebarkan oleh pihak sekolah kepada setiap murid (untuk makluman murid & ibu bapa / penjaga).
- Bagi guru, segala maklumat berkaitan aktiviti / program / majlis dsb. yang membabitkan SMK USJ 4, boleh dirujuk terus pada Fail Timbul di Pejabat SMK USJ 4. Selain itu, Buku Pengumuan Sesi Pagi & Petang boleh dirujuk bagi mendapatkan info terkini.
Sekian, harap maklum.
DARI MEJA EDITOR LAMAN WEB SEKOLAH
Assalamualaikum w.t.h. & salam sejahtera,

- Kami selaku pihak Jawatankuasa ICT Sekolah (Laman Web Sekolah) amat mengalu-alukan mana-mana jawatankuasa / unit dsb. yang telah mempunyai laman web, blog (Blogger, WordPress.com) atau laman sosial (Facebook) sendiri agar memaklumkan alamat web / blog / laman sosial (URL) terkini kepada pihak kami agar kami dapat melakukan pautan (hyperlink) dengan laman web rasmi SMK USJ 4 ini.
- Kami juga boleh membantu mana-mana unit / jawatankuasa dsb. yang ingin mewujudkan laman web atau blog baru menggunakan nama domain sekolah. Contoh : Pusat Sumber Sekolah (http://www.smkusj4.edu.my/pss) - dalam subdomain / subdirektori nama domain SMK USJ 4. Latihan atau bengkel dalaman membina dan mengurus laman web (CMS Joomla! atau Drupal) atau blog (WordPress, Blogger dsb.) akan diberikan, khususnya bagi mana-mana individu yang berminat.
- Diharap agar pihak atau individu yang diberi tanggungjawab selaku penyunting (editor) atau 'webmaster' laman web, blog atau laman sosial terbabit sentiasa mengemas kini maklumat mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Sekianlah sahaja untuk makluman. Kerjasama daripada anda semua amat dihargai & disanjung tinggi.
Terima kasih.
Editor Laman Web Sekolah
6 MEI 2013 (ISNIN) : CUTI SEKOLAH BERGANTI
Dimaklumkan bahawa pada 6 Mei 2013 (Isnin) merupakan cuti persekolahan bagi SMK USJ 4. Walau bagaimanapun, cuti ini adalah cuti berganti sempena Pilihanraya Umum Kali Ke-13 yang berlangsung pada hari Ahad bersamaan 5 Mei 2013. Ini bermakna, hari persekolahan ganti akan dilaksanakan bagi menggantikan cuti tersebut. Makluman bagi cuti berganti ini boleh dirujuk menerusi surat edaran di bawah. Harap maklum.


*** Surat ini digeneralisasikan menerusi komputer. Justeru, tanda tangan hidup tidak diperlukan. Harap maklum.
BAYARAN SUMBANGAN PIBG BAGI TAHUN 2013

*** Surat ini digeneralisasikan menerusi komputer. Justeru, tanda tangan hidup tidak diperlukan. Harap maklum.
Kepada sekalian pelajar & ibu bapa / penjaga,
Berikut merupakan jadual bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2013 yang akan berlangsung pada sepanjang bulan Mei. Pastikan para pelajar sedang & telah membuat persediaan rapi bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Ahli Jawatankuasa Laman Web Sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada sekalian pelajar SMK USJ 4 dalam menempuh bulan peperiksaan tersebut.



LADAP KALI PERTAMA TAHUN 2013
Tarikh : 11 Meil 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Angsana
Tajuk :
Kehadiran semua guru adalah DIWAJIBKAN. Harap maklum.
SELAMAT HARI GURU

Hari Guru diraikan pada tarikh keramat 16 Mei setiap tahun. Di peringkat sekolah, Majlis Hari Guru SMK USJ 4 akan diadakan pada 23 Mei 2013 (Khamis) bertempat di Dataran Perdana (tempat perhimpunan). Pada hari tersebut, persekolahan 1 sesi akan dilaksanakan (guru & pelajar sesi petang hadir pada waktu pagi bersama-sama dengan guru & pelajar sesi pagi). Majlis akan bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
Tema yang dicadangkan pada tahun ini adalah Hawaii. Semua guru digalakkan memakai pakaian mengikut tema yang diberikan ini (asalkan ia tidak melampaui batas @ menjolok mata).
'Hi-tea' sempena hari guru akan diadakan pada jam 1.00 hingga 3.30 petang di Atrium Cafe, Sunway Tower. Info lengkap, sila rujuk Fail Timbul Kelab Staf SMK USJ 4 di Pejabat Sekolah. Harap maklum.
INFO BAGI PELAJAR LEPASAN SPM.
1. Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2013/2014 akan dibuka bermula 24 April 2013 (Rabu). Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di pautan (link) di bawah. iaitu :
2. Jom Masuk U. Laman web rasmi UPU boleh dicapai menerusi klik pada 'web banner' di bawah untuk maklumat lanjut).
3. Semakan tawaran ke Kolej Matrikulasi boleh diakses menerusi pautan di bawah :
SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)
Kepada Ibu Bapa / Penjaga,
Ibu bapa / penjaga kini boleh menyemak slip peperiksaan anak jagaan mereka secara dalam talian (online) menerusi aplikasi e-SAPS di atas. Harap maklum.
THE DIGITAL EDUCATION SHOW ASIA 2013
Ikutilah seminar & persidangan PERCUMA berkaitan pendidikan digital / pendidikan elektronik di abad 21 ini. Antara isu atau topik yang diperbincangkan adalah seperti berikut ;
- The new paradigm of e-learning: Transitioning towards purposeful e-learning environments.
- Serious games in e-learning for teaching English.
- Digital tools for increasing student understanding and learning.
- Case Study: Building the dream classroom on a budget.
- DIY digital learning content.
- How to improve Mathematics grades through fun and self-motivated learning.
- Promoting information literacy and integrating technology into the classroom.
- Bring your own device: How I learned to stop worrying and love the device.
- 40 iPads! How do you manage that?.
- Smart VOD Service for Digital Education.
- Teachers professional development: Using ICT in the classroom with a snap of the finger!.
- How technology is an enabler to education reform.
- Learning A-Z : Supporting Teachers in the Classroom.
- Innovative & portable interactive technologies + engaging content = Total integrated classroom solution.
- SMART way of learning: Effective steps to design engaging lessons.
- Case Study: Encourage leadership and entrepreneurship in students with ICT.
- Preparing our students for the 21st century workforce.
- E-Book Platform – from Scratch to Delivery.
- Learn to make your own e-books.
- Helping Malaysia’s Teachers Achieve.
Pendaftaran adalah secara dalam talian (online). Sila klik 'web banner' di atas untuk maklumat lanjut berkaitan The Digital Education Show 1023.
ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan ini bertujuan memberikan penghargaan kepada mana-mana murid, guru, pentadbir sekolah dan pusat kokurikulum yang mempamerkan kegemilangan dan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum bagi tahun ini (untuk makluman lanjut, sila klik ikon .pdf di bawah).
Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :
- Kategori Murid Cemerlang Kokurikulum.
- Kategori Pasukan Badan Beruniform & Kelab Persatuan Cemerlang
- Kategri Guru Cemerlang Kokurikulum
- Kategori Pengurusan Sekolah Cemerlang
- Kategori Sekolah Cemerlang Kokurikulum
- Kategori Anugarah Juri Khas
Sila muat turun (download) brang-borang berkaitan menerusi alamat web (URL) berikut, iaitu http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3199.
Aplikasi Sistem Pertukaran Guru (e-GTukar) kini boleh diakses sepenuhnya bagi membolehkan para pendidik (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) membuat pertukaran antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi sesi Jun 2013. Aplikasi ini dibuka mulai 1 hingga 30 April 2013.
Sila ikuti arahan berikut :
- Sila gunakan perayau (browsers) Internet Explorer sahaja untuk mengakses e-GTukar ini. Aplikasi ini tidak menyokong perayau (browsers) lain seperti Mozilla Firefox, Google Chrome, Opera, Safari dan sebagainya.
- Sila kemas kini maklumat dalam aplikasi e-Operasi terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi e-GTukar ini. Jika terdapat keperluan melakukan sebarang perubahan data e-Operasi, sila hubungi pihak pentadbir sekolah anda pada kadar segera.
- Jika menghadapi sebarang masalah berkaitan aplikasi e-GTukar, sila hubungi PPD atau JPN masing-masing.
Pengemaskinian Data Online e-SPLG
Buat semua kaki tangan SMK USJ 4 (khususnya guru),
Mana-mana guru yang belum memuat naik (upload) gambar masing-masing (dalam ukuran passport) ke SPLG, sila berbuat demikian pada KADAR SEGERA. Harap maklum.
Ucapan Selamat Datang Kepada Pengetua SMK USJ 4 Yang Baru.
Pihak AJK ICT Sekolah mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada Pengetua SMK USJ 4 yang baru, iaitu Pn. Norizam binti Hussin bagi memimpin dan menerajui tadbir urus SMK USJ 4. Semoga di bawah kepimpinan beliau, SMK USJ 4 akan terus mencipta kejayaan yang gemilang di masa hadapan.
Ucapan Tahniah Buat Mantan Pengetua SMK USJ 4, Pn. Rosliyah binti Samiun.
Pihak AJK ICT Sekolah menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada mantan Pengetua SMK USJ 4, Pn. Rosliyah binti Samiun yang telah dinaikkan pangkat dan kini berkhidmat selaku Pengetua di SMK Subang Bestari. Jasa dan bakti beliau sepanjang berada di bumi SMK USJ 4 akan tetap kami hargai dan kenang selama-lamanya.
Sekalung penghargaan juga diberikan kepada semua pihak (sama ada secara langsung maupun tidak langsung) dalam menjayakan Majlis Perpisahan Mantan Pengetua SMK USJ 4 yang lalu.
















